Selasa, 05 Mei 2009

Konteks

Lihatlah sesuatu dalam konteks di mana ia disebutkan. Jangan cuba menilai dan mengambil sesuatu itu diluar konteks atau keadaan suasana ia berlaku. Ini hanya akan menimbulkan salah faham dan keanehan. Salah faham akan membuahkan buruk sangka. Buruk sangka akan membuahkan permusuhan. Permusuhan dan sakit hati akan melahirkan perpecahan. Perpecahan hanya membawa menuju kepada kejatuhan.

"Nabi Muhammad SAW menikah dengan perempuan berumur 9 tahun? Gilakah nikah dengan anak kecil?"

Ini adalah pernyataan yang jelas tidak melihat kepada konteks dan keadaan semasa.

Presiden mencadangkan muzakarah? 

Unity Goverment?

Sudah mahu masuk Umno? Apa akan jadi kepada perjuangan kita?

Lihatlah konteks bagaimana ia disebutkan.

Jika Presiden menyatakan dalam konteks dasar dan hukum, maka ia adalah tepat sepertimana yang dianjurkan oleh syarak dan memang dikehendaki oleh Islam.

Tetapi jika ia disebut dalam konteks tindakan politik, maka ia adalah satu langkah yang menimbulkan keraguan dan tanda tanya serta membuahkan kerugian.

Selaku ahli sebuah jemaah dan harakah Islam yang bukan sekadar sebuah parti politik seperti UMNO, ahli-ahli PAS seharusnya dapat menangkap maksud dan idea yang dilontarkan oleh Presiden.

Kalaupun tidak faham serta merta, adalah menjadi adab dan akhlak untuk tetap tenang dan husnu zan kepada pimpinan sambil segera mencari tahu akan hal yang sebenar. Adalah tindakan yang bodoh untuk terus melenting dan mengeluarkan kenyataam yang menghentam pimpinan.

Seperti isu negara Islam.

Ayuh jadi ahli yang berfikir dan beradab.

Senin, 20 April 2009

Demokrasi dan orang bodoh

Demokrasi adalah bahaya apabila rakyat bodoh dan pemimpin korup dan rasuah.

Rakyat bodoh ketika tiada informasi dan maklumat. Ataupun memdapat maklumat yang salah dan berat sebelah.

Rakyat bodoh apabila kemiskinan bermaharajalela. Ketika prinsip mampu dibeli dengan secupak beras dan sehelai kain sarung.

Rakyat bodoh ketika memangkah hanya berdasarkan parti dan figur. Hingga tidak sedar parti yang dipangkah tidakpun meletakkan calon di kawasan itu.

Rakyat jangan jadi bodoh!!

Minggu, 05 April 2009

Amanat Presiden

Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.


Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.